26 September 2014

I'm Back!

Wahhhh, lamanyaaa tak tulis. Rasa macam pelik pulak bila tulis blog macam ni. Haha. Okay fine, hari ni nak cerita yang dah 4 minggu dah aku masuk semester baru sebagai SENIOR tahun 4 kat uni. :DDDD


Tapi kenapa entahh, tak rasa macam senior pun. Hmm, yelaaa agaknya sebab aku ni bukannya aktif pun, junior pun ramai tak kenal. LOL. Memang memanjang hidup kat dunia sendiri je. Haa, lupa nak bagitahu, aku duduk KK1 tahun ni. Kolej dalam campus, ya Allah serious hell tak best. Tahu tak kenapa? Sebab strict sangat-sangat. Even hari nak jumpa abangah sebab dia dah nak fly pun, guard tak bagi jumpa, (kena mintak permission felo untuk off college dengan campus) sebab dah lebih pukul 12 malam.


I was like, dah kenapaaaaa? Aku jumpa adik aku kot. And aku bukannya duduk asrama nak kena mintak kat warden bagai. Serious macam sekolah la uni aku ni. T___T


Ni pun aku taip blog pakai wifi college je. Tak tahu la bila masa entah boleh nak publish entry dah kalau connection asyik disconnect je tak habis-habis. Huu. -.-'


Yuran uni tak release lagi, and of course ledger tak update lagi. Vehicle sticker pun tak settle. Kenapa uni aku ni buat kerja lambat gilaaa. Sampai kadang-kadang rasa macam dorang ni tak efficient langsung melainkan klinik kesihatan uni je yang aku rasa service yang diberi tu betul-betul sesuai ikut yuran yang kami bayar. Lain-lain hampeh, bayar yuran je mahal, tapi macam urghh *$@!!!??*$wmnzvczxbcvzg.


Hmm, raya haji ni balik umah. Rumah; dekat Changlun jauh gila rasa macam nak pergi hujung duniaaaaaaaaa (y). Surely akan busy sebab inshaaAllah raya haji ni, nak masuk rumah baru. Tak sabar sangat nak rasa bilik sendiri. 


Btw, harap sangat rumah baru tu nanti takde kucing. Tak larat dah nak bersih-bersin ingus keluar muka gatal-gatal macam beruk bila ada bulu kucing, pastu end up muka bengkak and sesak nafas. Masa duduk kat kuarters koleh matrik ni, disebabkan aku dengan family duduk rumah felo (sebab mak staff sini), rasanya baru sekali kot aku sidai kain kat luar rumah sebab ada kucing banyak sangat. Yang 1st time sidai kain tu pun aku buat sebab tak tahu ada kucing. Pastu masuk rumah, terus tak boleh buat kerja apa dah. Memang tak tahan sangat-sangat dengan bulu haiwan ni. 


Rasanya kalau orang yang ada allergic haiwan/seafood/debunga je kot yang boleh paham betapa azabnya bila ada alahan macam ni. Seksa gila. 


Okbai. Macam biasa. Empunya blog akan habiskan entry dengan mendadak kalau dah takde idea dah nak tulis apa. LOLOL's. 



19 May 2013

Review Samsung Galaxy S II

Okay, lawak kejap bila tengok tajuk. Haha. Tiba-tiba rasa macam nak buat review pasal smartphone. Untuk siapa-siapa yang tak kenal aku lagi, so.. sila lah tahu ye, bahawasanya penulis blog ni memang lah peminat gadget tegar. Kalau orang lain boleh gila dekat baju ke, make-up's stuff, or kereta/motor, tapi aku lebih incline kepada gadjet dan makanan. Hehe. Betul lah orang cakap, aku ni kalau kena campak dekat satu pulau terpencil, as long ada makanan dengan laptop + internet, InshaaAllah boleh hidup. Hehe.

So, basically.. Samsung Galaxy S II ni bukan lah product Samsung yang latest. Aku review ni pun sebab aku pakai fon ni dah dekat nak masuk 2 tahun. Erm, Samsung is actually a very friendly-user product. Senang sangat guna. Tak susah pun nak guna Samsung ni lagi-lagi kalau korang jenis yang cepat belajar. Beberapa jam je masa yang diperlukan untuk korang mahir dengan fungsi asas yang ada. Even emak aku yang terchenta pun boleh master fon ni dalam sehari, apa lagi kita-kita yang muda ni, kan? HAHA. Okay, itu poyo. >.<"

Well, kalau korang nak tengok full specifications untuk phone ni, korang boleh tengok dekat gsmarena's website. Senang, complete semua. Tapi, apa yang aku nak review hari ni ialah based on penggunaan/pengalaman aku ke atas phone ni la. Hehe.

Tak dinafikan, dengan berbekalkan 8mp + LED flash back camera.. image captured by this phone is quite impressive jugak la. For those yang suka snap pic, update instag tapi rasa macam tak nak melabur duit banyak sangat untuk gadget, this phone suits you the best. Sebab apa? Sebab S II ni jugak provides us with the 2mp front camera yang tidak kurang cantiknya. Aku ni bukan lah kaki bergambor sangat. Tapi aku rasa useful sangat bila ada front camera sebab boleh betulkan tudung kita yang senget benget at anytime and anywhere! Hehe. Serious senang, sebab tak payah nak cari cermin segala dah. Hikk xD

Gambar original tanpa sebarang pengubahsuaian

Contoh image yang di-captured by using S II

Well, screen fon ni boleh tahan besar jugak la (4.3 inches). Tapi aku rasa okay je kot sebab tangan aku pun besar sama. Lol Bushra :D All in all, okay je kalau korang nak texting ke apa w/o exposing the screen to the public sebab masih boleh disorok la. Ohh, aku takde la fans fon besar gedabak macam Note II tu. Fuhh, serious besar weh. And bagi aku la, susah kot nak guna fon macam tu sebab macam aku, ada adik dekat oversea.. so kalau nak text dia benda privacy macam account bank number ke, ID kita ke.. or what ever lah, kalau tak pakai privacy screen protector, memang cari nahas! Sebab duduk dalam komuter and bus memang sangat insecure! Orang belakang boleh nampak apa yang kita tulis kot w/o we even realize. Sangat bahaya. Wuu. :/

Sumber dari sini

Contoh privacy screen protector yang sangat penting weh kalau fon besar gedabak. Ahak!

Hmm, what else huh? Haa, processor! Benda niiiii lah yang paling penting and yang niiii lah  jugak aku lupa nak letak awal-awal. Haddo. Lupa. Okayy, kena makan kismis banyak laa lepas ni. *tetibe* -.-'

S II also comes with a Dual-core 1.2 GHz Cortex A9 which is quite smooth jugak la. Provided if you are not burdening the phone with loads of videos and pictures yang beribu raban kat dalam tu la. Haha. Sebab boleh jadi jugak phone ni hanging sekali sekala. So, whats the use of instagram? Upload la pic dekat situ, senang. Takde la hilang gambar ke apa kalau tiba-tiba hp jadi crashed. Hehe. Oh, lupa pulak! Hehe.. bagi muslimat yang takut nak display picture dorang tu kat public at large, boleh je korang customize-kan instagram tu jadi private. Hehe. Buat simpanan/album untuk diri sendiri gituu. Ecece. ;)

Erm, yang lain-lain macam android version, rasanya semua dah sedia maklum kot yang S II ni datang dengan gingerbread v2.3.6 Operating System, upgradable to ice cream sandwich v4.0.4. Tapi disebabkan  aku ni jenis yang malas nak update software, aku memang tunggu lambat sikit masa nak beli tu. Saja je beli lambat sikit supaya masa beli tu, Samsung memang dah siap-siap update-kan ke ICS. Hehe. Senang hidup. So, sekarang ni, tinggal tunggu Samsung Malaysia launch Jelly Bean pulak la kat S II. Huahua xD

Apa yang best product Samsung ni aku boleh cakap.. ermm, kita boleh tambah sdcard up to 64gb tau. Tak macam certain brand phone yang memang dorang dah limit pakai internal memory je. So, senang la. Tak payah la kita risau memory kita dah makin sikit ke apa. Hehe.

Aku sebenarnya ada la bercadang nak tukar ke Iphone, hehe sebab memandangkan phone ni pun dah ada jugak la lacking macam crash 2,3 kali. Tapi baru 3 kali. Tskkk tskk. Tak cukup concrete untuk swap phone. Lagipun, dulu masa mula-mula beli phone ni, memang dah janji dekat diri sendiri supaya tak tukar phone sampai la cukup 3 tahun. Hoho. Tapi tapi tapiiii kann, haha.. rasa sayang pulak nak tukar sebab fon ni banyak kot sentimental values! Ececece. Banyak jadi saksi aku dikala susah dan senang. Haha. 

Pssst : Takpe lah tak dapat swap ke Iphone pun. Bersabar jelah dengan godaan yang datang kerana pastinya, akan ada yang lebih baik disebalik sesuatu kejadian. Sobssss T.T

17 May 2013

Serabai.

Okay, ni memang tahap gaban dah ni. Lama gilaaaa weh tak update blog. Sampai dah tak tahu macam mana berhabuk bersawangnya blog ni pun aku pun dah tak tahu T.T

Serious, kali ni tiba-tiba rasa nak update blog. Setelah gigih mengagahkan diri jugak untuk melepasi laman sesawang USIM yang hjksdhfsfhsfbsjfshf, urghhh! I don't know what to say :'/ akhirnyaaaa, berjaya jugak. *sigh* Phewww. 

Okayy, nak cerita yang Broadband aku ni dah kena terminate. 3 bulan tak bayar yaww. Dah la rajin pergi buat contract dengan Celcom, kononnya nak ada rebate, so that boleh laaa bayar less rm10 tiap-tiap bulan. Tapi, cacai punya celcom, boleh pulak dorang tak bagitahu yang kalau kita tak bayar within 3 months, kita kena penalized rm300 kalau nak sambung pakai untuk bulan yang seterusnya. Aku macammmmm, okayyyy kau memang hebat pedajal orang Celcom hoii! Hati guaaaa panas. Panassssssssss sebab kena tipuu. Tapi salah aku jugak sebab tak tanya habis-habis. Okay, ni kalau nak sue dorang pun tak boleh sebab they are not commiting fraud nor misrepresentation. Licik dorang ni. Agaknya berapa ramai entah yang dah terkena macam aku ni, aku pun tak tahu.

Jangan harap la aku nak bayar penalty rm300 tu. Sanggup lagi kena blacklist nama dari bagi Celcom tu mencekik darah. Haha. Ayat gua ganas tak menahan. 

So, sekarang dah macam kucing hilang anak bila takda internet. Ohhh, wahai USIM tercinta, bilaaaa lah kau nak letak wifi dekat kolej-kolej kediaman luar campus ni? Kami terseksaaaa, tahu??? Terseksaaaaaaa. dushhhh! hentak kepala kat dinding. *tears bursting*

Jadi, makanyaaaa, bila dah takda wifi ni, tiap-tiap malam la kena datang library untuk cari segala info mak nenek yang ada kaitan dengan assignment, save, copy, paste masuk words. Then run back to the college like hell before 12 malam. Kalau tak, memang pakcik guard tak bagi masukk youu. Stress okayy, stresss! Huh.

Hectic gilaaa hidup. Cepatlaaa habis study. Cepat laaa. Letih dah ni weh. 

24 December 2012

Baru. Baru. Baru O.o

Whoaa. Dah siap dah skins yang baru. Hehe. *drop jaw*

Credit kepada adik saya, biah mengada sebab siapkan blog yang haibat ni. Hakhak. *thumb up*

So, kepada yang nak belajar tutorial apa-apa, boleh laaaa suruh dia ni ajar. Wahahahahahaha. Akak promote kamu ni biah. Boleh la klik dekat blog shomel ni ! ^^, *claps*

Anyway, semoga blog ni tidak terus menerus lah bersawang. aaaaa ! chincha.

Hidup ni penuh dengan yang tersurat dan tersirat. Walau macam mana susah pun ujian yang kita terima, bersabarlah. Semestinya ada jalan yang Dia tentukan untuk kita; dan itulah yang terbaik, In Shaa Allah. 

*senyum lebar* 

04 September 2012

I love him..


Malam ini sejuk.
Oh, minta dijauhkan untuk mengalami perasaan seumpama itu lagi.

Ayah saya..
Alhamdulillah, Allah masih belum ambil dia dari kami. Terlalu bersyukur untuk itu.
Memori itu masih terlalu jelas di minda. Saya masih terbayang-bayang saat itu.

Saya ketika itu tingkatan 4. Balik cuti untuk raya. Malam tu, sekitar 2 pagi.
Gigih menggosok baju raya adik-adik. Untuk sambut Aidilfitri esok hari.

Masa itu juga, ayah datang dekat.
Minta supaya digosokkan Baju  Melayu baru dia sepersalinan.

Terdiam sekejap. Ayah tak pernah pakai Baju Melayu lengkap berseluar.
Kebiasaan, pasti baju melayu dia itu akan dipadankan saja bersama kain pelikat.

Jam 4 pagi.
Ayah batuk. Teruk.
Berlarutan sampai ke subuh.

Usai solat subuh, ayah duduk. Atas sofa. Mengah. Batuk berjam lamanya.
Nenek datang sapu vicks slowly dekat dada ayah. Ayah terlelap. Letih.

Tiba-tiba ayah bangun. Batuk ayah makin teruk.
But then a strange physical movement happened. 

Ayah muntah. Banyak.
Ada darah.

Nenek lari sambil bawak baldi.
Saya tadah muntah ayah.
Ya Allah, banyak sangat !
Air mata dah terasa nak menitis masa tu juga.

Ayah sesak nafas.
Pak Long datang. Tapi takde siapa pun yang boleh drive masa tu.
Mak kalut dengan baby.

Its heart attack. Its not coronary problem. Its valve. Masalah injap.
I can't see he breathing. His body suddenly refused to make any action. I don't know the term. Sesak nafas mungkin. Darah mengalir dari mulut sebab batuk terlalu lama. Unconscious.

We're too shocked. We've never faced this kind of situation before. Saat itu, saya merasakan itu lah kali terakhir kami dapat menatap wajah ayah. Adik-adik saya yang masih kecil menangis, menjerit kerana takut. Cuma saya dan abangah masih stabil.


Mak arahkan saya jaga adik-adik.
Ayah pergi dengan ambulance.

Abangah ajak adik-adik baca yaasin.
Makcik Ha dah teresak-esak dah baca, sambil terus menangis.
Sungguh la raya kali itu memang terasa macam lebih teruk dari hari-hari biasa.

Ayah sampai di Hospital Kuala Nerang.
The doctor in-charge diagnosed. He said, Pneumonia. Paru-paru berair.
Terus bagi ubat.

Bila masa ayah ada Pneumonia?
Ayah tak react langsung dengan ubat.
Sambil dah lembik dah badan.

Doctor salah diagnosed !
Terus transfer ke Hospital Sultanah Bahyah bila tengok record.
Sebab ayah memang ada heart problem history.

Dalam ICU, cuma dua orang yang dibenarkan masuk.
Sepanjang dalam ICU, mak yang teman ayah.
Ayah sangat kuat.
Lama dia bertahan.
Sedih tengok keadaan ayah.

Sudah la sakit dada kerana jantung.
Perlu lawan lagi dos ubat paru-paru berair yang takda kena mengena.
Mujur ayah kuat.

Saya ingat saya dah cukup kuat bila tahu ayah masuk ICU.
Tapi, tak kuat mana rupanya.
Air mata tidak berhenti berderai dengan lajunya.
Mulut saya tidak pernah berhenti mengulang bacaan Yasin.
Hati berdegup dengan sangat kencang.

Saya terlalu risau. Dah tidak pedulikan keadaan sekeliling.
I didn't even talk to my siblings. 
Terasa tak boleh berhadapan dengan sesiapa pun.
Nama saja sulung.
Tapi..

.
.
.

Lama ayah dalam ICU. Lama juga abangah dalam bilik.
Solat dan yaasin yang tidak putus-putus.
Abangah sangat kuat !

Rasanya muka saya dah macam mayat hidup.
Mata yang terlalu bengkak. Pucat lesu. 
Akhirnya, saya tertidur di kerusi. Lemah. 

The next day, mak call. Doctor said that ayah were stable already. Alhamdulillah. Syukur yang tersangat-sangat yang tak mampu saya luahkan. Seolah-olah saya mendapat cahaya yang bersinar dengan sangat terang di kegelapan malam. Allah masih izinkan kami berbakti kepada Ayah.


He was very weak. When he opened his eyes, he didn't even talk.
Its okay. Doktor cakap, ayah kena rest banyak. It will took him a few days to familiarize everything. Puncanya masih belum dikenalpasti, sebab Ayah tak pernah ada masalah atau terkena serangan lagi sebelum ni. Tahap kolestrol pun masih baik. Mungkin stress di office.

Setiap kali saya teringat kembali kejadian tu, cuma Allah je tahu betapa pilu, sebaknya.
Saya sayang ayah sangat-sangat. Saya tak pasti adakah saya boleh teruskan hidup tanpa dia.

Selama ni, Ayah yang tak putus-putus doakan kebahagiaan hidup saya. 
Saya tahu, kejayaan dalam hidup saya ini, bukan semuanya doa saya yang Allah makbulkan, tapi doa seorang ayah yang penuh ikhlas, sanggup bersengkang mata bertahajud memohon Allah lancarkan urusan kami anak-anaknya. Sanggup berlapar demi anak-anak dapat apa yang mereka inginkan. 

Saya pernah tanya abangah (adik bawah saya). 
Kenapa malam tu bangah tak nangis? Macam mana bangah boleh sekuat tu sampai tak mengalirkan air mata?

"Bangah tengah bersedia nak hadapi segala kemungkinan. Bangah kan abang. Kalau akak pun lemah, bangah pun lemah, macam mana bangah nak support adik-adik yang lain. I have to fight with my own emotion. Bangah tak nak nanti adik-adik bangah susah nak dapat kekuatan untuk berdiri semula."

Friends. 
If you still have your mother and father, please be good to them. Appreciate them.
Make everything to give them happiness. Watch the words that might hurt them. And please jangan endah tak endah melayan mereka.
Don't harsh when you want money. If they prohibits you from something, just follow.
Don't give excuses. They know the best for you.

Saya cukup terkesan dengan sebuah sketch yang Allah hadiahkan untuk kami sekeluarga. Dia nak kami sedar sesuatu. Mungkin ada yang kami terlepas pandang. Yang pasti, bond kami makin kuat selepas itu.

Kadang-kadang, saya tak sanggup nak belajar jauh-jauh, saya tak nak berpisah dengan ayah dan emak. Saya hargai setiap salam peluk cium saya dengan mereka selepas itu. Sayang cintanya yang sukar ditafsir.

--
Dina memang degil, tapi, dina tahu, ayah pun tahu yang dina sayang ayah. A lot. :')

26 June 2012

Panties Lembab. Hahh???

Nota penting : Adalah lebih baik wanita sahaja yang membaca. Lelaki tidak disarankan. Sangat TIDAK digalakkan. 

Dah lama memendam rasa. Nak ber'blog'. Tapi takut jadi isu. Yelaa, entri kali ni sangatlah tak sesuai dibaca oleh kaum adam. Uh-uh. *abaikan jela, kalau nak cerita jugak-jugak kan, -..-' *

Banyak kali dah terjadi situasi macam ni kat saya. (hari ni jadi lagi, sobsss. T_T). Tadi pergi Seremban dengan Rowaida, meronggeng lepas habis exam. Berkhalwat dengan gadjet-gadjet terkini, di Terminal One Shopping Mall. *eh, dah habis exam ke pun? * >.<

Dan kebiasaannya, saya sangat mudah haus bila berjalan. Jadi, efek nyaaa, mesti la tangki pundi kencing memang cepat penuh kan? *takpe-takpe, memang disarankan untuk kita, minum bergelen-gelen air pun kan? :p*
.
.
.
.


Jadi, singgah la sebentar di tandas awam. Usai melunaskan harga servis tandas yang bernilai 30sen tu, masuklah saya ke dalam tandas. Saya dapati dalam tandas tu takde tisu. Serious takde. Memang TAKDE. Takde langsung. Lalu, saya pun keluar, dan bertanyalah kepada makcik yang jaga tandas situ.


"Makcik, ada tisu tak?" pandang. kemudiannya membongkok ke bawah meja dia untuk mengambil tisu seperti yang diminta saya.


"Pokpekpokpek sudah habis waktu mencuci sebab tu tak letak tisu tandas, nanti orang tarik-tarik bersepah, penat saya nak bersihkan pokpekpokpek lagipun orang melayu kenapa susah-susah guna tisu? Air kan ada..."

Check!

"Orang Melayu kenapa susah-susah guna tisu. Air kan ada?"

********
Saya rasa, semua dah sedia maklum, kalau kita (muslims in Malaysia) tarik tisu tandas tu bukan bermakna kita cuci kencing pakai tisu je. Tapi kita lap sisa air basuhan pada vagina untuk kesan yang lebih bersih. Supaya spender tak lembab. Kan? 

Memang saya selalu perhatikan kalau di campus saya, memang kebanyakkan akak-akak seniorita, hatta rakan sekelas pun masuk bilik jamban tak bawak tisu yang memang dah disediakan bergulung-gulung. Malah, memang selalu saya perhatikan di tandas luar sekali pun, ada akak-akak yang masuk ke jamban, memang tak tarik tisu dulu kat luar walau pun dalam setiap bilik dalam jamban tu memang tak ada tisu.


Buat saya terfikir, selepas basuh vagina, dengan sisa air basuhan tu, dorang terus sarung spender ke? Ahah!

Tak ke lembab spender anda nanti?

Anda tahu tak, TAHU TAKKK, kalau pakai spender lembab, nanti bahagian vagina kita akan mudah kena jangkitan kulat. Tahu kan? Boleh bayangkan tak kulat kat vagina? Tengok kulat hijau-hijau kat roti tu pun anda dah geli nak makan kan? Cuba aplikasikan kulat yang sama kat vagina. Ada tak orang nak makan? Roti yang berkulat tu pun sebenarnya kita boleh makan kalau pandai alter, tahu? Tapi kalau vagina, tak kan nak alter, koyak sana-sini pulak kan? Eh.

********

Dah. Jangan fikir saya menyokong tandas yang tak ada air pulak. Konon moden selepas kencing selet pakai tisu sahaja. Saya rasa pihak berkuasa tertentu tidak boleh meluluskan pembikinan tandas yang tidak ada sistem pengairan yang lengkap dan selesa untuk semua bangsa. Maksudnya, selagi mana anda duduk atas bumi di mana orang Islam berpijak, AIR WAJIB ADA DALAM SEMUA TANDAS AWAM hatta secanggih mana pun tandas itu. Tahu? Huh.

Mungkin ada yang fikir, sebuah negara maju mempunyai tandas-tandas awam yang kering.

Tapi, saya lebih cenderung untuk berfikir manusia yang maju mempunyai vagina yang tidak bacin. 

_________

- Saya tak tahu kenapa saya sangat beremosi tatkala menulis etri ni. Sampai menggeletar tangan, tahu? Huu. Terinspirasi selepas membaca satu blog yang juga menulis luahan rasa yang sama. 
- Oh ya, lupa nak pesan, jangan lupa keringkan vagina setiap kali selepas membasuh, sebelum sarung spender. Opss, bukan spender, seluar dalam. bahasa kena sopan kan? Ahakzzz. *gelak gedik sikit* -..-'
----------
- Saya ada nak letak picture yang berkaitan. Tapi, rasa DISTURBING sangat. Tapi, takpe lah, anda tengok jela kat sini.
- Kan saya dah pesan, entri ni untuk perempuan sahaja? Erghhhh. >.<




14 June 2012

my naked exam weeks. eh?

Fatrah Imtihan.
.
.
.
.
.

The lists of all madah; 

12 June - Principles and Practices of Da'wah Communication
13 June - Islamic Law of Worship
15 June - Principles of Business Management
19 June - Principles of Islamic Jurisprudence I + Ethnic Relation
25 June - Malaysian Legal Sytem II
29 June - Arabic for Syariah and Law

Uhmm uhmm.
Saya tak gemar sebenarnya nak bercerita pasal ni. Ermm, I've done two papers. It is sad and devastating to know how bad I've did the 2nd paper. *sigh*

Saya tak sampai hati nak bagitahu orang tua saya. And I know, they are waiting for me, calling, or at least, TEXTING; telling them that I've went through the 2nd exam paper with a big big smile on my face. *sigh. again*
.
.
.
.
.

And it never happens. Saya tak call pun orang tua saya. Dan..

Saya tahu mereka tunggu.
Saya tahu mereka sentiasa assume yang baik-baik saja.
Saya tahu juga, mereka tak call saya sebab mereka tak nak ganggu saya study.
Saya tahu apa yang mereka fikir. 

I KNOW. Because they are the-other-half-of-me. *senyum kelat*

And the worst thing is, saya malas. Ya, keculasan ini tidak pernah memilih bulu dalam mencari mangsanya ! Berbuih-buih sudah mulut ini berdoa;

Gambar Ihsan Pakcik Google
"Allah humma inni a'uu zubeeka minal hammi wal hazan, wa a'uu zubeeka minal 'ajzi wal kasal, wa a'uu zubeeka minal jubni wal bukhl, wa a'uu zubeeka min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal."

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.
(HR Abu Dawud)

********

Tapi, entah la. Macam tak berkesan. Sedih. Sel-sel malas ni dah susah untuk di delete atau remove. Entah-entah dah jadi spam dah pun kan ? Mana la nak tahu.. )':

Kawan-kawan sekalian, a'la kullihal, doakan lah yang terbaik. Semoga semua amalan kita, tidak kisah la walau apa jua bentuk khairul a'mal itu... berakhir dengan husnul-khotimah sahaja. Ameen, EnshaAllah. (':

*senyum manis*

____
# saya menulis untuk diri sendiri.
# tajuk entry ini takde kena mengena pun dengan content nya.
# bittaufeeq wannajah kepada semua sahabat di seluruh IPTA. (:
# correct me if I'm wrong. :p
# doakan saya tak malas lagi dan dapat perform masa exam nanti ya ! Ameen.