28 March 2012

WE ARE NOT ALONE IN THIS WORLD

Assalamualaikum. :D

Hai hai haaaaiiii ! Hari ni da masuk hari kedua IDG. (and perlu diingatkan, bahawa terminology ni saya je yg bg okayy. bukan org lain hahahahaaa). IDG ni ialah Intensive Discussion Group. Kawan-kawan kita yg rapat akan duduk sekali dgn kita in a smaller group and study sama-sama. Yes, mestilaaahhh kena co-operate as a team. Semua saling membantu supaya semua dpt high carry marks dlm course work, Insha-Allah. Or to be precise, dapat Dean List lahhh. Kalau ada kawan-kawan yg trkandas sikit, kawan-kawan dlm group lah yg akn mmbantu menaikkan kita kembali ke paras yg selamat. Best kannn wehh? XDD

Kalau dilihat secara zahirnyaa, waktu-waktu mcm IDG ni spatutnya di-apply-kan dlm kehidupan kita tau. Sekarang jom kita tengok balik, klau kawan kita tu ada buat salah dlm pelajaran, kita akan cepat-cepat betulkan dia, tegur kesalahan dia, so that dia takkan terus buat kesilapan yang sama dalam exam nanti. Sequel nyaa, dapat lah sama-sama kita merasai kemanisan kejayaan. *Ecehhh, ayat saya nak sedap pulak kali ni ek, hahahaaa. *

Sama lahh jugak macam kehidupan kita kat dunia ni. Guys, kita wajar sangat tegur kawan-kawan kita yang mungkin dah buat salah, contohnya mcm tak tutup aurat. Bagi saya, ini sangat penting sebab benda ni semuaa berkaitan dengan hal hidup mati, dan mcm yg kita semua tahuu pun, tujuan kita hidup di dunia ni pun adalah untuk dapat kejayaan dkt akhirat nnti. So, bekerjasama dlm satu batch utk memastikan semua lepas utk dpt dean list, sama la jugk bkerjasama dlm khidupan seharian utk tujuan yg seakan-akan sama, tp lagi besaaarrr; iatu mncapai kejayaan di akhirat. Hurmm, takut kan klau kita terkandas kat akhirat nanti ? :-/


Kalau kitaa biasa dengar lah kan, kat kolej-kolej persediaan ke, ayat "fly ramai-ramai", tak pun, senang cerita dkt IPTA biasaa pun kita pernah dgr org guna ayat "DL ramai-ramai". Kan? Same goes to kehidupan kita jugak. Tapi utk kehidupan kita sehari-hari jugk, kita patut sangat gunakan ayat "menuju syurga beramai-ramai". Bak kata cikgu dulu, jgn pentingkan diri sendiri, tak perlu ada competition sebab semua orang dah ada tempat pun utk graduate kat dalam uni kita ni, cuma yang membezakan ialah sama ada kita ni lepas first class degree or tak. And mcm tu jugak laah konsep nk msuk syurga kan? Takdenye org boleh pikir "eh biar jelah dia mcm tu. Asal aku masuk syurga sudahh. Nanti kalau dia masuk syurga, aku pulak yg tak dapat nak masuk." Errrrr, ini sangat nonsense babe. Hahahaaaa. Sebab apa, semuaa org ada potensi utk masuk syurga as long kalau dia ada usaha. Simple je. So, tak payah serabut or nak dengki segala okayy. Allah itu adil what? : )


Tapi apa yg menghalang kita daripada menegur? Menegur bukanlah sesuatu yg negatif kalau ianya berlandaskan kepada niat yg baik. Selalunya benda first  yang ada dalam fikiran kita bila nak menegur orang ialah kita takut yg kawan kita akan terasa kan? Itu perkara biasa yg menjadi dilemma. Dan ohh, korang perasan tak, semakin rapat hubungan korang dengan seseorang, semacam semakin susah utk kita menegur? Tak tau la bagi orang lain cmne, tp what i've been went through mcm ni lahh. And mcm ni jugak lah yg saya selalu rasa dan tengok. Banyak sebabnya, antaranya kita takut kalau dia akan misunderstanding maksud teguran kita tu. "Oh, nak tunjuk baguslah kau ni, teruk sangatkah aku?' and etc. Dah. Saya malas nak bagi contoh sebab saya sememangnya tak reti. -.-' 

Tapi, yg selalu saya fikir; hidup kita kat dunia ni utk akhirat je. Dunia ni mcm permainan. It is not the further. So, what? Tegur je la sehikmah yg mampu dekat orang tu supaya dia tak buat mcm tu lagi. Benda ni benda betul, kan? Jadi, go for it. Tegur. At the end orang tu akan tahu jugak kenapa kita menegur. Easy.

Tapi benda ni sangat susahhhhhhhh... percaya lah. Susah sangat. Nak start tu susah sangat. And who am I to say that it is so easy to do? Tapi once kalau dah berjaya tu, kita akan rasa happy sangat. Sumpah rasa nak lompat tinggi-tinggi. *okayyy, tu perasaan saya je*. Mungkin nak cakap direct susah kan, tapi kita ada macam-macam medium sekarang ni. Tulis je status kat facebook, tapi kena lah secara general. Mana boleh point-point kan? Bahayaaaaa wehh hahahaaaa. Tak pun, buat video. Blog. Kat youtube pun belambak. And lagi satu yg paling saya sukaaaa, doodling. Ya Allah teringin sangat nak buat tapi tak berkesempatan nak belajar dengan expertise lagi. Setakat yg cincai tu boleh laaa. Heheheheee. Somehow, kalau kita mengingatkan orang lain, secara automatik kita akan akan mengingatkan diri kita sendiri sekali kan?


Bagi yang ditegur pula, cubalah untuk berlapang dada supaya senang untuk kita serap masuk nasihat-nasihat yang diberikan dan seterusnya memulakan perubahan.

Kawan-kawan, tolong! Be a good sahabat of mine and tegurlah saya yeeeee, jika ada kesalahan yang dilakukan. Jagalah tepi kain saya jika perlu heheheeeee :D

Motif entri ni? Nak bagi semangat utk seorang sahabat baik dekat Kuis ni, Nadhirah Bakri. Wehhh, cubalah. Dengan cara apa sekali pun yang kau rasa mampu. Bak kata senior masa ceramah fardhu ain hari tu, kita tak nak persahabatn kita berakhir dengan cara yang tidak baik sedangkan kat dunia ni kita bersahabat sangat akrab. Kita tak nak nanti di hari perhitungan, kita berbalah-balah dengan seseorang yg pernah kita sayangi waktu kita di dunia. Cuba je, tak rugi mencuba. Allah akan mempermudahkan jalan kau, ensha-Allah~ Yakin-lah!

Kita perlu hidup sebagai satu ummah baru best berjaya dunia akhirat sama-sama kan? Kita tidak hidup seorang diri kat atas muka bumi ni so sooo jom kita hidup sebagai satu ummah!
Selamat berjaya utk batch first year student SMSU 2012 utk midterm and final exam semester 2 ni. (wish awal-awal tapi unofficial lagi ni. nanti baru wish betul-betul hahahahaaaa) Semoga kita dapat DL ramai-ramai nanti.


Ok, nak sambung makan chocolate. Bye.



3 comments:

  1. tetiba aku teringat zaman zaman silam kita study group sesame :)
    rindu XD

    ReplyDelete
  2. Haha. Yan, rinduuuuu sangat kan masa tmhidi ? Best gilaa dpt study sama-2. Wuu. Nostalgic ! Pling rinduu time madkhal ngan mabadi. Kehkeh. XD

    ReplyDelete
  3. mmg susah sebenarnya nak tegur. Bukan je yg rapat dgn kita tp yg kita sekadar kenaI dan berbaIas senyum kaIau berseIisih pon susah sebenarnya nak ditegur. But, remember AIIah janjikan setiap suatu yg terjadi itu tidak sia2 dan ade hikmahnya. Ya, mungkin akan ade pergaduhan sesama kita. Terasa hati ataupun paIing kurang, tarik muka. Ini semua tak dapat nak eIak sebab iniIah kehidupan, iniIah yg perIu kita IaIui daIam kita mencari redha iIahi.

    Teringat waktu nak tegur bestfren aritu. Tuhan je tau cuak, sesak, seksa nya diri time tu. Takut hiIang terus kawan nie. Tapi, I put my faith in Him that if I Iose a fren at this moment, I stiII have U, AIIah. =)
    AIIah is Good, He is Great. A week Iater that same fren come to me as if nothing happened. See. =) This is his work. We do ours, He wiII do His part.
    =)
    Syabab aI-adin

    ReplyDelete