Macam mana masakan saya awak? [memandang sayu]
[macam sial. Haram tak sedap. Aduh, memang fail betul! Nasib baiklah kau tu tunang aku]
Err, ok, sedap jugak. Pandai awak masak.
-pelahan-pelahan menelan dalam pahit. payau-payau pun di gagahi untuk habis-
Maaf makcik, saya boleh buat yang ini saja, rasalah. [senyum]
[aduh keras. Pahit dan payau la lauk nih. Aduh bakal menantu aku nih. Susah la anak aku nanti. Aduh. Nasib baiklah korang dah bertunang]
Hmm pandainya masak. Beruntung anak makcik. Maaf ya, tak berapa boleh nak makan banyak, ada darah tinggi. Orang tua la katakan.
- di asing ke tepi masakan tuh. Asing sesopan-sopannya –
********
Sopan?
Ini ke kesopanan masyarakat timur?
Ini kah penipuan yang di izinkan. Putar belit untuk menjaga hati, Pendustaan untuk orang tersayang.
Ini ke kesopanan masyarakat timur?
Ini kah penipuan yang di izinkan. Putar belit untuk menjaga hati, Pendustaan untuk orang tersayang.
Ohh, bagi saya tidak. Sama sekali tidak.
Ini semua sesat. Sesat dalam terang. Terang-2 ada perkara yang perlu di langsaikan, tapi hati-hati yang cukup tinggi budi pekertinya ini memandang mudah.
Mudah? Memang tidak.
Malah MENYUSAHKAN.
Mereka membiarkan orang yang sesat terus-terusan sesat.
Ini semua sesat. Sesat dalam terang. Terang-2 ada perkara yang perlu di langsaikan, tapi hati-hati yang cukup tinggi budi pekertinya ini memandang mudah.
Mudah? Memang tidak.
Malah MENYUSAHKAN.
Mereka membiarkan orang yang sesat terus-terusan sesat.
Hakikatnya. Masakan itu akan terusan jadi najis dalam perhubungan kalau gagal di betulkan. Sampai bila perlu menjaga hati? Berapa lagi penipu perlu? Adakah akhirnya nanti orang yang ditipu itu menghargai penipuan itu?
Bagi saya satu sahaja.
Jujurlah walaupun pahit. Jujur juga ada sopannya. Berterus terang itu tajam, tapi itu sebenar yang kita perlukan.
Dan ini serius.
Dan ini serius.
********
Macam mana masakan saya awak? [memandang sayu]
Err, hehe.
Kenapa, tak sedap?
Pahit sikit, Tak pe tak per, tunang abang kan tengah belajar masak lagi. Perlahan-perlahan ya.
[wajah sayu jadi sedih. Manakan tidak, hati dah terloncat-2 riang masa memasak tadi bagai jatuh terjelepok di bawah lubang-2 lantai yang terus ke longkang belakang]
Eh dah makin pahit pulak, setidaknya tadi ada manis senyuman. Ni dah hilang.
Ada-ada jer lah. [tersengeh sambil pipi kemerahan. Jari-jari gadis mencubit manja bahu si lelaki yang di bawak-2 lari tajuk di cubit]
-perlahan-perlahan pahit masakan hilang dalam manis perhubungan insan-insan jujur ini-
____
Dialog dan backdrop ini bukan jadinya pada saya, dan pastinya bukan milik kalian juga. Tapi dilemma yang menghantuinya, saya pasti ada saja yang jatuh di batang hidung kita, bukan?
----
# dan saya semakin emosi kebelakangan ini. Ah! Letih. # Aaraa' Ahl al-Madinah al-Fadhilah li al-mu'allim al-thani al-Farabi, seputar perbahasan konsep negara ideal menurut al-Farabi. Ya, bacaan semasa cuti sem nanti. - Moga dipermudahkan.
# masih rasa down dengan diri yang tidak mampu mengurus masa dengan baik. Allah! Naifnya diri hamba. :'(
hemaoihh diiaaa macam dh bertunang !
ReplyDelete^__________^
Nazihah.Abdullah
ReplyDeleteWahhh, lamanya yan tak komen dekat sini. Rindu komen dari Yan, tahu?
Hehe, takde laa, kan dah bagi footnote kat bawah tu. Bukan Bush punya dialog and backdrop pun. Kekeke. :p
aah dah lama tak merayap stalker ke blog orang, hukhuk ;'(
ReplyDeleteNo dis is my time to mengomen include your post too.
*now not no
ReplyDelete^___^
Nazihah.Abdullah
ReplyDeleteThank youu laa sebab sudi la nak baca blog picisan ni. Hehe. Paham je kenapa Yan tak stalk orang. Sebab Yan sibuk study kan? Hee.
haha, yelahh tuh, banyak assignment yang tertangguh :P
ReplyDelete