15 March 2012

SAYA TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA OKBAI.

Saya rasa belum bersawang lagi kot blog ni. Eleh baru je 13 hari saya tak update. Kehkehkeh.
Saya tak nak bagi alasan sebab tak update blog. Reason saya cukup mudah. Sebabnya ialah mim alif lam alif sin. InsyaAllah saya eja jawi tu betul kan kan kan. Hahahaaa.

Ikutkan sebenarnya rasa macam nak biar blog ni bersawang betul-betul. Macam sampai sebulan ke tak update. Lepas tu boleh lah buat intro sorry guys tak update lama dah wkwkwkwwk. Tapi ni tadi ada satu benda yang buat saya tak tahan sangat-sangat nak update blog.

Anda tahu tak, yang orang Malaysia ni masih banyak lagi mempunyai pemikiran kelas ketiga. Perrrgh, tak pernah lagi kan saya sentuh pasal isu yang serius camni. Kira macam ilmiah jugak lah kan entry saya kali ni kan. (hahaha, perasan sendiri pulak -.-') Well, usia pun dah meningkat, banyak benda yang dulu tak fikir tapi sekarang dah nampak.

Macam contoh, err, elektrik. Saya tak reti bagi contoh sebenarnye. Tapi takpe lah. Let say, bila orang pompang sana sini suruh save energy siap ada sticker tampal matikan suis sebelah suis tu lagi, tapi still, semua ignorant. Alasan, gua bayar bil ohh. Suka hati gualah. Huhu.
It is sad and devastating to know how ignorant people can be.
=_____=”

Nampak tak apa yang saya cuba nak sampaikan? Lagi satu, dari segi pembangunan maybe. Bila dah semangat asabiah politik tu tinggi, kengkadang benda baik pun tak nampak. Bukanlah saya ni penyokong mana-mana, (umur saya pun tak cukup nak mengundi. Tahu? hahahaha) saya akur, kalau politik ni memang saya cetek ilmu, tapi, apa yang saya boleh katakan kat sini, saya memang boleh nampak betapa ada sesetengah orang... apa-apa sikit, terus nak dikaitkan dengan politik. Contohnya macam suruh recycle untuk bumi sendiri pun nanti mula lahh ada pulak yang keluar statement inilah blablabla *pasal politik* padahal saya nak g suruh orang recycle selamatkan bumi laaa.

Bila anda menghukum tanpa ada ilmu di dada camtulah jadinya. Kadang bila cetek ilmu, pergilah cari lagi, tambah ilmu, baru lah nak komen dengan lantang bukan main tu. Sebab selalunya bila bagi pendapat yang bukan dalam pengetahuan kita tu, sebenarnya mengundang kepada mempamerkan kejahilan diri sendiri.

Saya tulis ni sebab untuk peringatan diri sendiri jugak. Bukan saja-saja mahu berlagak konon ohhh saya budak pandai. So, tak kesahhhh anda nak judge hapeee.


Dan sebagai penutup, untuk siapa yang rindukan saya. Gambar ni sebagai errrr, apa-apa je lah.


Moga tak mimpi saya lah yee.
KAHKAHKAH

Notakaki : Pic saya belajar pakai shawl ikut tutorial dalam youtube. Tapi tak  jadi-jadi jugak. Hahaha. Pastuu, tetibe saya rasa pakai tudung labuh tu lagi cantek padahal experiment saya pakai shawl tak menjadik hahahahahahaaa.

No comments:

Post a Comment