07 May 2012

BERHIJAB ITU... belum tentu dia baik? huh.

"Baik jadi macam yang tuh, tak pakai tudung, pakai baju ketat or sendat pun lebih baik dari budak bertudung tuh"

********
Biasa dengar kan?
Ya, mungkin salah segelintir yang bertudung dalam hal ini. Dan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Dan mungkin rosak susu seanteronya.

Tapi, paling-paling tidak, hukum Allah yang 'satu tuh' dia patuh kan?
dan mematuhi hukum Allah itu wajib kan?

Siapa lah kita yang nak menilai baik buruk orang lain sedangkan kita sendiri belum tentu baik buruknya.
Berbicaralah dengan nada rendah diri dan ingin memimpin ke jalan Ilahi. 


[Gambar ihsan Pakcik Google]


'Ah, manisnya dia!'
Tidak mahu kah kita menjadi sepertinya?


Makanya;
Jadi lah wanita yang menutup aurat, sejuk mata memandang.
Jadi lah kamu pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran waktumu untuk disunting.
Dan jangan lah disalah kira madahku ini.
Sungguh, ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga!


--

Bongkak, biarpun sedetik, rosak iman hujungnya.
Mulut dan madah, itu jalan terdekat kita mencari syurga, dan tentu juga jalan pendek ke neraka!

Semoga hati-hati kita semua dekat dengan syurga Allah.
Dan semoga amal kita juga dekat dengan penerimaan Allah hendakNya.


Ensha-Allah.
Ameen. :')


____
# Oki Setiana Dewi. Penampilannya seindah namanya. Sweet!
Ya, moga diberikan Allah kekuatan untuk terus istiqamah.
Fastaqim kama umirta.
:' )

2 comments:

  1. hingga tiba saat ketenangan itu, maka hawa yang indah, jadiIah mawar yg cantik keIihatan namun awas jika dihampiri .. =)

    ReplyDelete
  2. Hasnul Adin;

    Sesungguhnya, saya pakai memang berhijab. Dan saya sendiri akur bahawa saya bukan lah dari golongan orang yang baik-2 sangat pun.

    Sedang perbaiki diri. Moga-2, tudung yang dipakai sedikit sebanyak boleh membantu menyelamatkan diri ini dari api neraka kelak. Ameen.

    :)

    ReplyDelete