26 June 2012

Panties Lembab. Hahh???

Nota penting : Adalah lebih baik wanita sahaja yang membaca. Lelaki tidak disarankan. Sangat TIDAK digalakkan. 

Dah lama memendam rasa. Nak ber'blog'. Tapi takut jadi isu. Yelaa, entri kali ni sangatlah tak sesuai dibaca oleh kaum adam. Uh-uh. *abaikan jela, kalau nak cerita jugak-jugak kan, -..-' *

Banyak kali dah terjadi situasi macam ni kat saya. (hari ni jadi lagi, sobsss. T_T). Tadi pergi Seremban dengan Rowaida, meronggeng lepas habis exam. Berkhalwat dengan gadjet-gadjet terkini, di Terminal One Shopping Mall. *eh, dah habis exam ke pun? * >.<

Dan kebiasaannya, saya sangat mudah haus bila berjalan. Jadi, efek nyaaa, mesti la tangki pundi kencing memang cepat penuh kan? *takpe-takpe, memang disarankan untuk kita, minum bergelen-gelen air pun kan? :p*
.
.
.
.


Jadi, singgah la sebentar di tandas awam. Usai melunaskan harga servis tandas yang bernilai 30sen tu, masuklah saya ke dalam tandas. Saya dapati dalam tandas tu takde tisu. Serious takde. Memang TAKDE. Takde langsung. Lalu, saya pun keluar, dan bertanyalah kepada makcik yang jaga tandas situ.


"Makcik, ada tisu tak?" pandang. kemudiannya membongkok ke bawah meja dia untuk mengambil tisu seperti yang diminta saya.


"Pokpekpokpek sudah habis waktu mencuci sebab tu tak letak tisu tandas, nanti orang tarik-tarik bersepah, penat saya nak bersihkan pokpekpokpek lagipun orang melayu kenapa susah-susah guna tisu? Air kan ada..."

Check!

"Orang Melayu kenapa susah-susah guna tisu. Air kan ada?"

********
Saya rasa, semua dah sedia maklum, kalau kita (muslims in Malaysia) tarik tisu tandas tu bukan bermakna kita cuci kencing pakai tisu je. Tapi kita lap sisa air basuhan pada vagina untuk kesan yang lebih bersih. Supaya spender tak lembab. Kan? 

Memang saya selalu perhatikan kalau di campus saya, memang kebanyakkan akak-akak seniorita, hatta rakan sekelas pun masuk bilik jamban tak bawak tisu yang memang dah disediakan bergulung-gulung. Malah, memang selalu saya perhatikan di tandas luar sekali pun, ada akak-akak yang masuk ke jamban, memang tak tarik tisu dulu kat luar walau pun dalam setiap bilik dalam jamban tu memang tak ada tisu.


Buat saya terfikir, selepas basuh vagina, dengan sisa air basuhan tu, dorang terus sarung spender ke? Ahah!

Tak ke lembab spender anda nanti?

Anda tahu tak, TAHU TAKKK, kalau pakai spender lembab, nanti bahagian vagina kita akan mudah kena jangkitan kulat. Tahu kan? Boleh bayangkan tak kulat kat vagina? Tengok kulat hijau-hijau kat roti tu pun anda dah geli nak makan kan? Cuba aplikasikan kulat yang sama kat vagina. Ada tak orang nak makan? Roti yang berkulat tu pun sebenarnya kita boleh makan kalau pandai alter, tahu? Tapi kalau vagina, tak kan nak alter, koyak sana-sini pulak kan? Eh.

********

Dah. Jangan fikir saya menyokong tandas yang tak ada air pulak. Konon moden selepas kencing selet pakai tisu sahaja. Saya rasa pihak berkuasa tertentu tidak boleh meluluskan pembikinan tandas yang tidak ada sistem pengairan yang lengkap dan selesa untuk semua bangsa. Maksudnya, selagi mana anda duduk atas bumi di mana orang Islam berpijak, AIR WAJIB ADA DALAM SEMUA TANDAS AWAM hatta secanggih mana pun tandas itu. Tahu? Huh.

Mungkin ada yang fikir, sebuah negara maju mempunyai tandas-tandas awam yang kering.

Tapi, saya lebih cenderung untuk berfikir manusia yang maju mempunyai vagina yang tidak bacin. 

_________

- Saya tak tahu kenapa saya sangat beremosi tatkala menulis etri ni. Sampai menggeletar tangan, tahu? Huu. Terinspirasi selepas membaca satu blog yang juga menulis luahan rasa yang sama. 
- Oh ya, lupa nak pesan, jangan lupa keringkan vagina setiap kali selepas membasuh, sebelum sarung spender. Opss, bukan spender, seluar dalam. bahasa kena sopan kan? Ahakzzz. *gelak gedik sikit* -..-'
----------
- Saya ada nak letak picture yang berkaitan. Tapi, rasa DISTURBING sangat. Tapi, takpe lah, anda tengok jela kat sini.
- Kan saya dah pesan, entri ni untuk perempuan sahaja? Erghhhh. >.<




1 comment:

  1. First perenggan baca ni, yan dah tergelak terbahak bahak, ape menda lah yang cik bushra ingin sampaikan, Haha.

    Then baru paham, ya kpentingan tisu untuk vagina. Say yes! to use tissue for vagina, hahaha


    anyway good sharing ^^

    ReplyDelete