04 September 2012

I love him..


Malam ini sejuk.
Oh, minta dijauhkan untuk mengalami perasaan seumpama itu lagi.

Ayah saya..
Alhamdulillah, Allah masih belum ambil dia dari kami. Terlalu bersyukur untuk itu.
Memori itu masih terlalu jelas di minda. Saya masih terbayang-bayang saat itu.

Saya ketika itu tingkatan 4. Balik cuti untuk raya. Malam tu, sekitar 2 pagi.
Gigih menggosok baju raya adik-adik. Untuk sambut Aidilfitri esok hari.

Masa itu juga, ayah datang dekat.
Minta supaya digosokkan Baju  Melayu baru dia sepersalinan.

Terdiam sekejap. Ayah tak pernah pakai Baju Melayu lengkap berseluar.
Kebiasaan, pasti baju melayu dia itu akan dipadankan saja bersama kain pelikat.

Jam 4 pagi.
Ayah batuk. Teruk.
Berlarutan sampai ke subuh.

Usai solat subuh, ayah duduk. Atas sofa. Mengah. Batuk berjam lamanya.
Nenek datang sapu vicks slowly dekat dada ayah. Ayah terlelap. Letih.

Tiba-tiba ayah bangun. Batuk ayah makin teruk.
But then a strange physical movement happened. 

Ayah muntah. Banyak.
Ada darah.

Nenek lari sambil bawak baldi.
Saya tadah muntah ayah.
Ya Allah, banyak sangat !
Air mata dah terasa nak menitis masa tu juga.

Ayah sesak nafas.
Pak Long datang. Tapi takde siapa pun yang boleh drive masa tu.
Mak kalut dengan baby.

Its heart attack. Its not coronary problem. Its valve. Masalah injap.
I can't see he breathing. His body suddenly refused to make any action. I don't know the term. Sesak nafas mungkin. Darah mengalir dari mulut sebab batuk terlalu lama. Unconscious.

We're too shocked. We've never faced this kind of situation before. Saat itu, saya merasakan itu lah kali terakhir kami dapat menatap wajah ayah. Adik-adik saya yang masih kecil menangis, menjerit kerana takut. Cuma saya dan abangah masih stabil.


Mak arahkan saya jaga adik-adik.
Ayah pergi dengan ambulance.

Abangah ajak adik-adik baca yaasin.
Makcik Ha dah teresak-esak dah baca, sambil terus menangis.
Sungguh la raya kali itu memang terasa macam lebih teruk dari hari-hari biasa.

Ayah sampai di Hospital Kuala Nerang.
The doctor in-charge diagnosed. He said, Pneumonia. Paru-paru berair.
Terus bagi ubat.

Bila masa ayah ada Pneumonia?
Ayah tak react langsung dengan ubat.
Sambil dah lembik dah badan.

Doctor salah diagnosed !
Terus transfer ke Hospital Sultanah Bahyah bila tengok record.
Sebab ayah memang ada heart problem history.

Dalam ICU, cuma dua orang yang dibenarkan masuk.
Sepanjang dalam ICU, mak yang teman ayah.
Ayah sangat kuat.
Lama dia bertahan.
Sedih tengok keadaan ayah.

Sudah la sakit dada kerana jantung.
Perlu lawan lagi dos ubat paru-paru berair yang takda kena mengena.
Mujur ayah kuat.

Saya ingat saya dah cukup kuat bila tahu ayah masuk ICU.
Tapi, tak kuat mana rupanya.
Air mata tidak berhenti berderai dengan lajunya.
Mulut saya tidak pernah berhenti mengulang bacaan Yasin.
Hati berdegup dengan sangat kencang.

Saya terlalu risau. Dah tidak pedulikan keadaan sekeliling.
I didn't even talk to my siblings. 
Terasa tak boleh berhadapan dengan sesiapa pun.
Nama saja sulung.
Tapi..

.
.
.

Lama ayah dalam ICU. Lama juga abangah dalam bilik.
Solat dan yaasin yang tidak putus-putus.
Abangah sangat kuat !

Rasanya muka saya dah macam mayat hidup.
Mata yang terlalu bengkak. Pucat lesu. 
Akhirnya, saya tertidur di kerusi. Lemah. 

The next day, mak call. Doctor said that ayah were stable already. Alhamdulillah. Syukur yang tersangat-sangat yang tak mampu saya luahkan. Seolah-olah saya mendapat cahaya yang bersinar dengan sangat terang di kegelapan malam. Allah masih izinkan kami berbakti kepada Ayah.


He was very weak. When he opened his eyes, he didn't even talk.
Its okay. Doktor cakap, ayah kena rest banyak. It will took him a few days to familiarize everything. Puncanya masih belum dikenalpasti, sebab Ayah tak pernah ada masalah atau terkena serangan lagi sebelum ni. Tahap kolestrol pun masih baik. Mungkin stress di office.

Setiap kali saya teringat kembali kejadian tu, cuma Allah je tahu betapa pilu, sebaknya.
Saya sayang ayah sangat-sangat. Saya tak pasti adakah saya boleh teruskan hidup tanpa dia.

Selama ni, Ayah yang tak putus-putus doakan kebahagiaan hidup saya. 
Saya tahu, kejayaan dalam hidup saya ini, bukan semuanya doa saya yang Allah makbulkan, tapi doa seorang ayah yang penuh ikhlas, sanggup bersengkang mata bertahajud memohon Allah lancarkan urusan kami anak-anaknya. Sanggup berlapar demi anak-anak dapat apa yang mereka inginkan. 

Saya pernah tanya abangah (adik bawah saya). 
Kenapa malam tu bangah tak nangis? Macam mana bangah boleh sekuat tu sampai tak mengalirkan air mata?

"Bangah tengah bersedia nak hadapi segala kemungkinan. Bangah kan abang. Kalau akak pun lemah, bangah pun lemah, macam mana bangah nak support adik-adik yang lain. I have to fight with my own emotion. Bangah tak nak nanti adik-adik bangah susah nak dapat kekuatan untuk berdiri semula."

Friends. 
If you still have your mother and father, please be good to them. Appreciate them.
Make everything to give them happiness. Watch the words that might hurt them. And please jangan endah tak endah melayan mereka.
Don't harsh when you want money. If they prohibits you from something, just follow.
Don't give excuses. They know the best for you.

Saya cukup terkesan dengan sebuah sketch yang Allah hadiahkan untuk kami sekeluarga. Dia nak kami sedar sesuatu. Mungkin ada yang kami terlepas pandang. Yang pasti, bond kami makin kuat selepas itu.

Kadang-kadang, saya tak sanggup nak belajar jauh-jauh, saya tak nak berpisah dengan ayah dan emak. Saya hargai setiap salam peluk cium saya dengan mereka selepas itu. Sayang cintanya yang sukar ditafsir.

--
Dina memang degil, tapi, dina tahu, ayah pun tahu yang dina sayang ayah. A lot. :')

2 comments:

  1. i adore your writings.. this post really somehow make me think.. how Allah is so great.giving us chances to pick up ourselves again when we think we wouldn't hv the strength to stand up.give us chances to care for our loves one.thank you for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Salam Una;

    Terima kasih untuk pujian itu. I'll take that as a compliment, yah ! (:

    *hidung dah kembang kempis semacam dah ni. Lulz*

    Ah, pokoknya, saya bersyukur kerana ada yang mahu singgah dah memberi sepatah dua kata untuk laman saya yang tak seberapa dan sudah pun 'hangus' sekarang.

    Anyway, thanks again.

    Glad to be appreciate in a way.

    Apa pun, semoga kamu diberkati dan dirahmati oleh Maha Suci Allah berterusan sampai sudah ya sahabatku.

    *senyum*

    ReplyDelete