19 May 2013

Review Samsung Galaxy S II

Okay, lawak kejap bila tengok tajuk. Haha. Tiba-tiba rasa macam nak buat review pasal smartphone. Untuk siapa-siapa yang tak kenal aku lagi, so.. sila lah tahu ye, bahawasanya penulis blog ni memang lah peminat gadget tegar. Kalau orang lain boleh gila dekat baju ke, make-up's stuff, or kereta/motor, tapi aku lebih incline kepada gadjet dan makanan. Hehe. Betul lah orang cakap, aku ni kalau kena campak dekat satu pulau terpencil, as long ada makanan dengan laptop + internet, InshaaAllah boleh hidup. Hehe.

So, basically.. Samsung Galaxy S II ni bukan lah product Samsung yang latest. Aku review ni pun sebab aku pakai fon ni dah dekat nak masuk 2 tahun. Erm, Samsung is actually a very friendly-user product. Senang sangat guna. Tak susah pun nak guna Samsung ni lagi-lagi kalau korang jenis yang cepat belajar. Beberapa jam je masa yang diperlukan untuk korang mahir dengan fungsi asas yang ada. Even emak aku yang terchenta pun boleh master fon ni dalam sehari, apa lagi kita-kita yang muda ni, kan? HAHA. Okay, itu poyo. >.<"

Well, kalau korang nak tengok full specifications untuk phone ni, korang boleh tengok dekat gsmarena's website. Senang, complete semua. Tapi, apa yang aku nak review hari ni ialah based on penggunaan/pengalaman aku ke atas phone ni la. Hehe.

Tak dinafikan, dengan berbekalkan 8mp + LED flash back camera.. image captured by this phone is quite impressive jugak la. For those yang suka snap pic, update instag tapi rasa macam tak nak melabur duit banyak sangat untuk gadget, this phone suits you the best. Sebab apa? Sebab S II ni jugak provides us with the 2mp front camera yang tidak kurang cantiknya. Aku ni bukan lah kaki bergambor sangat. Tapi aku rasa useful sangat bila ada front camera sebab boleh betulkan tudung kita yang senget benget at anytime and anywhere! Hehe. Serious senang, sebab tak payah nak cari cermin segala dah. Hikk xD

Gambar original tanpa sebarang pengubahsuaian

Contoh image yang di-captured by using S II

Well, screen fon ni boleh tahan besar jugak la (4.3 inches). Tapi aku rasa okay je kot sebab tangan aku pun besar sama. Lol Bushra :D All in all, okay je kalau korang nak texting ke apa w/o exposing the screen to the public sebab masih boleh disorok la. Ohh, aku takde la fans fon besar gedabak macam Note II tu. Fuhh, serious besar weh. And bagi aku la, susah kot nak guna fon macam tu sebab macam aku, ada adik dekat oversea.. so kalau nak text dia benda privacy macam account bank number ke, ID kita ke.. or what ever lah, kalau tak pakai privacy screen protector, memang cari nahas! Sebab duduk dalam komuter and bus memang sangat insecure! Orang belakang boleh nampak apa yang kita tulis kot w/o we even realize. Sangat bahaya. Wuu. :/

Sumber dari sini

Contoh privacy screen protector yang sangat penting weh kalau fon besar gedabak. Ahak!

Hmm, what else huh? Haa, processor! Benda niiiii lah yang paling penting and yang niiii lah  jugak aku lupa nak letak awal-awal. Haddo. Lupa. Okayy, kena makan kismis banyak laa lepas ni. *tetibe* -.-'

S II also comes with a Dual-core 1.2 GHz Cortex A9 which is quite smooth jugak la. Provided if you are not burdening the phone with loads of videos and pictures yang beribu raban kat dalam tu la. Haha. Sebab boleh jadi jugak phone ni hanging sekali sekala. So, whats the use of instagram? Upload la pic dekat situ, senang. Takde la hilang gambar ke apa kalau tiba-tiba hp jadi crashed. Hehe. Oh, lupa pulak! Hehe.. bagi muslimat yang takut nak display picture dorang tu kat public at large, boleh je korang customize-kan instagram tu jadi private. Hehe. Buat simpanan/album untuk diri sendiri gituu. Ecece. ;)

Erm, yang lain-lain macam android version, rasanya semua dah sedia maklum kot yang S II ni datang dengan gingerbread v2.3.6 Operating System, upgradable to ice cream sandwich v4.0.4. Tapi disebabkan  aku ni jenis yang malas nak update software, aku memang tunggu lambat sikit masa nak beli tu. Saja je beli lambat sikit supaya masa beli tu, Samsung memang dah siap-siap update-kan ke ICS. Hehe. Senang hidup. So, sekarang ni, tinggal tunggu Samsung Malaysia launch Jelly Bean pulak la kat S II. Huahua xD

Apa yang best product Samsung ni aku boleh cakap.. ermm, kita boleh tambah sdcard up to 64gb tau. Tak macam certain brand phone yang memang dorang dah limit pakai internal memory je. So, senang la. Tak payah la kita risau memory kita dah makin sikit ke apa. Hehe.

Aku sebenarnya ada la bercadang nak tukar ke Iphone, hehe sebab memandangkan phone ni pun dah ada jugak la lacking macam crash 2,3 kali. Tapi baru 3 kali. Tskkk tskk. Tak cukup concrete untuk swap phone. Lagipun, dulu masa mula-mula beli phone ni, memang dah janji dekat diri sendiri supaya tak tukar phone sampai la cukup 3 tahun. Hoho. Tapi tapi tapiiii kann, haha.. rasa sayang pulak nak tukar sebab fon ni banyak kot sentimental values! Ececece. Banyak jadi saksi aku dikala susah dan senang. Haha. 

Pssst : Takpe lah tak dapat swap ke Iphone pun. Bersabar jelah dengan godaan yang datang kerana pastinya, akan ada yang lebih baik disebalik sesuatu kejadian. Sobssss T.T

5 comments:

  1. Hukhuk. Fon ni dah lama meh. Mahu tukar handphone baru!! T.T tskk tskkk. Belanja? Hehehe.

    ReplyDelete
  2. nak tukar? ok tolak S II kat sini. hahha

    ReplyDelete
  3. Ceit. Tak nak lah. Nak tukar sama tukar ke? Nak IPHONE. Wahahahahaha.

    ReplyDelete
  4. xmau la swap phone. mana mampu lawan S II. haha

    ReplyDelete